Make your own free website on Tripod.com

Home

Kenali Kami | Alamat | Aktiviti Puteri | AJK | Koleksi Photo | Buletin
Puteri UMNO - Seri Damak
Kenali Kami


VISI

Memastikan setiap wanita Melayu muda
berumur 18 sehingga 35 tahun menyertai
Puteri UMNO dan mempertingkatkan jati diri
mereka demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

MANIFESTO

  • Puteri UMNO sebagai landasan untuk wanita Melayu muda
    untuk melibatkan diri secara aktif di dalam politik
  • Puteri UMNO bertindak untuk mencungkil, memupuk dan
    menyerlahkan identiti wanita Melayu muda tanpa diskriminasi serta
    meningkatkan keyakinan, jati diri dan harga diri seseorang wanita
  • Puteri UMNO sebagai identiti generasi Melayu muda
    yang cemerlang
  • Puteri UMNO sebagai gelanggang untuk mencungkil dan
    menggilap potensi kepimpinan wanita Melayu muda
  • Untuk menerapkan nilai-nilai positif sejagat dan meningkatkan
    kebolehan, keyakinan dan jati diri seseorang wanita
  • Bertindak sebagai check dan balance/ pemantau di dalam
    UMNO dan masyarakat
  • Berperanan untuk membantu UMNO di dalam semua pilihanraya
    dan meneruskan ketuanan Melayu di Malaysia

IKRAR

  1. Berusaha memperbaiki diri ke arah kecemerlangan
  2. Membina bangsa Melayu yang bermaruah
  3. Meletakkan agama Islam ke tempat yang paling tinggi
    di negara ini
  4. Bersedia berkhidmat dengan penuh ikhlas
  5. Serta sanggup berkorban apa jua demi kepentingan
    agama, bangsa dan negara
  6. Memberi kerjasama yang mantap pada perjuangan UMNO
  7. Bersedia mendokong dasar-dasar negara
  8. Dan menjadi seorang ahli Puteri yang taat pada
    pucuk pimpinan

LAGU PUTERI UMNO

Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa
Kami berusaha dengan setia
Berikrar berjanji bersatu teguh hati
Pertahan kedaulatan bangsa merdeka

Kamilah Puteri pewaris bangsa dan negara
Rela berkorban harta atau nyawa
Demi agama, bangsa dan negara
Puteri UMNO terus mara


Dengan bersemangat tabur bakti dan khidmat
Untuk rakyat di kota dan desa
Hingga ke titisan darah yang terakhir
Rela berjuang demi maruah bangsa

SEJARAH DAN LATARBELAKANG

  • Pada Jun 2000, UMNO Cawangan Seri Damak dilancarkan oleh YAB Dato Zain bin Mohamad di Dewan Serbaguna Seri Damak, seminggu selepas penubuhan Cawangan Puteri Seri Damak ditubuhkan.
  • Puteri UMNO diilhamkan sendiri oleh YAB Datuk Seri Presiden UMNO, adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.
  • Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum pada awal Julai 2000 dan melantik Cik Puan Nadzifah sebagai Ketua Puteri Seri Damak, seorang peguam muda, menerajui Exco Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Raja dan mewakili Ke-Pergerakan Puteri UMNO Selangor.
  • Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan AJK dan Ahli yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan.
  • Puteri UMNO dicadangkan kepada wanita Bumiputera berusia 18 tahun hingga 35 tahun.


Sila hubungi jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai keahlian dan aktiviti kami- Pn.Nadzifah Maarof-012-3150745